Pages

Monday, July 2, 2012

akhlak itu bisa menjatuhkan cinta..

semakin menyeronokkan terasa tarbiyah Allah ini,
semakin adventurous,
semakin ramai yang aku kenal,
semakin semakin semakin..

ana, anti, antum, antunna, 
wah. 
tak biasa lagi berbahasa syurga.
terasa awkward diri ini berbahasa begitu,
nantilah ya ukhti,
akan tiba saatnya,
insyaAllah.

masih terbiasa ber kita ber awak
ber aku ber kau
ber saya ber akak
maaf ya..

***

muka terkejut jon si insturctor melihat aku kembali pada sesi musim panas yang kedua sungguh berharga. melihat mukanya aku juga jadi terkejut. terasa dihargai kehadiranku. oh ya. jon instructor kelas painting pada sesi musim panas yang pertama yang bermula 7 mingguh yang lalu dan telah berakhir 2 minggu yang sudah. banyak yang aku pelajari dari kelasnya. begitu cantik takdir Allah susunkan. kelas yang di ambil secara tidak sengaja kerana ingin meneman teman akhirnya menyumbang sebutir lagi A dalam senarai subjek musim panas kali ini. semoga dapat menuju senarai dekan ! insyaAllah.


ini painting pertama yang berjaya aku hasilkan di kelas sejumlah 20 orang itu. benar ini bukan rupaku. apakan daya, lemah sungguh diri ini melukiskan satu lagu ciptaan Allah yang maha hebat ini. manusia. when it comes to portrait, i am just a total failure. apa ya ibrahnya? painting sahaja pun aku sudah gagal, betapa hebatnya Allah mencipta manusia dan segala ciptaanNya yang teramat kompleks untuk difikir akal, Allahuakbar. melukis pun kita tidak mampu. lemahnya terasa, bertepatan dengan status aku sebagai sang hamba yang hanya berharap pada Penciptanya. dan berharap itu hanyalah padaNya (94:8)
berbalik kepada jon si instructor. sebagai seorang yang hebat dalam bidang seni ini, dia sedikit pun tidak mengkritik painting ini, malah memuji cara aku mewarna ton muka yang aku sendiri rasa entah apa apa.almaklumlah, kami dipinta mecari warna ton muka masing-masing dengan hanya menggunakan warna asas biru, merah dan kuning. aduhai lemah terasa. entah berapa banyak paint yang telah aku bazirkan untuk mendapatkan ton warnaku. ada seorang temanku bilang, "pah, kau lukis wanita pas ke?" . mungkin. hehe. oh ya. 3 hari jugalah baru siap yang satu ini.


ini pula hasil painting yang kedua. temanya abstrak. the petals were purple at first! tapi entah apa silapku,  hitam legam jadinya. nampak ke abstraknya di situ? mungkin tidak. ini adalah painting in my least favorite. sebab aku tahu aku bisa lakukan lebih abstrak dari ini. dan sekali lagi jon si instructor mentafsir ini sebagai suatu seni yang indah. dengan pelbagai tafsian tentang simbolik yang aku pamerkan dalam painting ini. aku pun tidak menyedari simbolik itu sehingga jon sendiri menerangkan kepadaku apa yang telah aku hasilkan. aku pula yang jadi kagum. 


ini hasil yang ketiga. jon bilang pada hari itu kami akan melukis landscape. wow. menarik. banyak bahan yang disediakan olehnya sebagai refrensi kami. semua cantik belaka. tapi sayang, aku pilih untuk membiar imagination runs wild. and when it runs too wild, hasilnya jadi begini. too wild. tapi jon sekali lagi terlalu positif dan menyukai teknik penteksturan aku. aku pula asyik mengeluh "i can do better i can do better". manusia yang sukar sekali bersyukur. Allah..


painting yang kedua terakhir : bertemakan live stills.  mem paint apa yang ada di depan mata. dan aku pilih watering can. pasu bunga yang merah berserta bunga biru dan daun kehijau kuningan itu semuanya dari imaginasi ku. begitu juga water spills effect. juga dari imaginasiku. alhamdulillah. aku suka yang ini. :) jon pun seperti biasa suka.


dan akhirnya tiba kepada final project. temanya sesuka hati. aku pun suka hati melukis entah apa. mahu tahu apa tafsiran jon melihat ini? dia bilang yang hitam di tengah itu kelihatan seperti lambang wanita. gender and feminism. tapi niat ku sebenarnya melukis menara masjid. di waktu matahari terbit dan terbenam. tapi lain pula yang jadi. once again. ini 90% dari imaginasiku. aku juga suka yang ini. tapi pasti lebih suka andai menaranya menjadi seperti menara masjid yang sebenar. sayangnya.. 


and did i tell you that this hand-less spongebob sepatutnya menjadi parts of my projects? ketika itu kufikir mahu menghasilkan ini bagi menggantikan yang abstrak sebelum ini. tapi nafsu amalas. bukan nafsu amarah ye :p nafsu amalas menguasai diri. kerana terasa amat kesukarannya untuk mem paint di atas t shirt berbanding di atas stretched canvas. konon mahu jadi lain dari yang lain. memang benar lainnya. spongebob tidak bertangan dan nose-less. huhu. tapi comel , apa pun :p

kelas painting berakhir dengan jon mengajak kami ke kebunnya yang terletak 30 minutes roughly away at the outskirt of town. menarik kan? baik sungguh hatinya. dia bilang dia punya ayam. semakin excited terasa mahu melihat ayam us. tapi belum berkesempatan sehingga kini. 

dan sesi musim panas yang kedua ini, aku sekali lagi mengambil kelas dengannya, tapi bukan painting. its drawing. dalam syllabus semester panjang, ada bahagian di mana pelajar harus melukis nude. Allahu. nasib baik sesi musim panas yang pantass ini tidak membenarkan pengisian sebegitu. 

ok sambung cerita jon terkejut melihat aku kembali ke kelasnya. terpancar cahaya kegembiraan di wajahnya. mungkin dia terharu melihat ada yang kembali mengambil kelas dengannya. aku juga gembira. he is an easy grader. as long as you put in the effort, you ll surely ace his subject. dia juga tidak cerewet. tidak pernah sama sekali aku mendengarnya mengkritik pelajar secara negatif. secara neutral juga jarang sekali. semuanya positif belaka. andai kami punya masalah , pasti dia akan cuba membantu sedayanya. dia tidak pernah mengecewakan. sehingga ku fikir, andai dia Islam, Allah .. hebatnya dakwah yang berjaya dia sampaikan melalui akhlaknya. semoga hidayah miliknya..

pada kelas pertama drawing minggu lalu, jon datang menyapa aku bertanya khabar dengan begitu gembira. mungkin dos gembiranya terlebih sehingga mahu bersalam denganku. aku sedikit kaget tapi aku sudah lali dengan perkara sebegitu. temanku juga telah memberi amaran bahawa jon gemar menghulur salam. aku jadi serba salah. andai ku terima, mungkin sampai bila pun jon tidak akan tahu wanita islam itu tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. dengan kudratNya aku menolak salaman itu sesopan mungkin sambil senyum sehabis manis,

"no i dont shake, im sorry."

dia tersenyum.

di hujung kelas. dia menyapa lagi. memohon maaf. begitu humble dirinya. kufikir dia sudah melupakan insiden tersebut. ternyata aku silap percaturan. aku juga turut memohon maaf krerana aku pasti dia terasa hati. 

"seriously i'm sorry. in the future, just tell me what i shouldnt do and everything else in your culture. im just new to it. correct me if i'm wrong. i wouldnt mind. "

Allah.. molek sungguh akhlaknya bukan? berikan aku kesempatan ya Ilahi, untuk menunjukkan indahnya hidup bersyariatkan Islam.. 

amin.. 

No comments:

Post a Comment