Pages

Friday, December 13, 2013

masih mrencari hikmah dan himmah di sebalik semua yang terjadi

percaya. have faith. dengan Dia. hanya dengan Dia.


yang tak pernah mengecewakan .
tidak sama sekali.
andai setiap satu jiwa itu bisa menemukan hikmah;
di setiap satu yang telah , sedang dan bakal tersurat.
pasti akan membuahkan himmah
untuk memakmurkan bumi Allah,


saat ini , diri ini masih mencari.
asbab Allah meletakkan aku di sini.
menyedari kelemahan dari segenap ruang.
kadang semangat itu terus menjulang,
dalam keterpaksaan melangkah
menempuh realiti
namun kegagalan kadang mampu menjunamkan
keruang yang dalam

but He never fails,
never.
to sooth His people.


kerana yang putus asa itu adalah yang kuffar, (12:87)
mematrikan setiap kejatuhan itu
wajib disertai dengan kebangkitan yang lebih bermakna
dengan syarat
hati itu masih punya iman walau secebis.
kerana tiada yang mahu kufur,
saat mengetahui halwatul iman,
manisnya iman itu
lebih manis dari segala manisan dunia.

andai dunia ini diciptakan Allah dengan segala yang terlalu indah,
adakah kita masih berharap pada syurgaNya?
mungkin ya andai kita mampu membina iman sehebat para sahabat,
mungkin tidak andai iman kita serapuh biskut kering.

namun, rahmat Allah mengatasi segaaaaaaalanya!
His mercy conquers all!
كتب على نفسه الرحمة


Allah,  berikan aku kekuatan untuk redha
redha dengan segala ketentuanMu
yang membawa redhaMu ke atasa diri ini.



Allah, izin ku petik kata Salim A. fillah;

"kerana aku tahu
mentaatiMu dalam hal yang tak kusukai
adalah kepayahan
perjuangan
dan gelimang pahala

kerana seringkali
ketidaksukaanku

hanyalah bahagian dari
ketidaktahuanku"


sungguh Allah yang tahu dan tidak aku.

robbiyassir
wa la tu'assir


tsaqafah da'ieyah karangan sheikh yusuf qardawi
menekan pentingnya seorang daie itu punya bekalan dakwah
kerana setia yang muslim itu
harus sedar peranannya menyebarkan dakwah
dakwah bil hikmah

bekal bekali itu ringkas tapi penuh manfaat
1- iman
2 - akhlaq
3 - ilmu

ilmu islamiyyah
ilmu bahasa
ilmu sains
ilmu insaniah
ilmu sejarah
ilmu waqiiyyah

masa selalu cemburu,
atau aku sendiri yang gagal menguruskan makhluk yang satu itu?
Allahu moga kau kurniakan kami masa yang berkat
bagi memenuhi tuntutan hak ilmu ilmu ini ya Allah.


No comments:

Post a Comment