Pages

Friday, June 1, 2012

takkan. never.

bismillah. arrahman. arrahim.

for as long as i am financed by my scholar, i will never ask for money from both of my parents. 

(tapi kalau diorang yg offer, takkan nak tolak, kan?) hehe

pennstate kini semakin sunyi. kadar yang pulang ke Malaysia sudah melebihi paras kritikal. rakan sepermainan hampir 99.9 % telah pulang. kini yang tinggal hanya pillow pets teman bercakap teman berbual teman bermesra. kadang-kadang masa terisi dengan repekan dan rapuan ketika virtual office hours dengan lecturer accounting. soalan yang ditanya kaitannya tiada langsung dengan silibus (buat masa terdekat lah) 

contoh 1
 
Ken, i think im getting better in this course and wanna switch major to accounting. How can I be your TA?

contoh 2

i ve taken this course back in Malaysia. is there much difference between British accounting and American accounting?

sangat random kan? Nasib baik lecturer nak layan. well, there were only 2 of us in that virtual office. huhu


inilah hidup. buat masa lebih kurang 90 hari lagi. apakah. 

mungkin Allah beri masa selama ini, untuk merefleksi kembali diri yang semakin tersasar dari tujuan hidup yang sebenar. mungkin ini masa untuk mematangkan diri . sebagai persediaan menjadi kakak kepada mereka yang bakal tiba. mungkin.

***

mereka. mereka yang di sana. bukan parents ok. tapi mereka. mereka yang fikir saya hidup senang di sini. tiap2 bulan duit masuk. and the only thing that i have to struggle for is study.

tapi. mereka silap. sebagai orang yang berada dalam situasi tersebut, yang difikir hidupnya senang kerana kerjanya study sahaja dan duit masuk setiap bulan, saya ingin membetulkan persepsi tersebut. 

kerana. sesungguhnya, pabila kotak emel dihujani dengan promosi kalah durian runtuh, apa sahaja daya hamba yang lemah ini untuk menahan nafsu membeli yang rakus ini. menang beli kalah memakai. kah kah. 

mungkin benar, ada hikmah pihak penaja memotong elaun selewat ini. tidak bisa difikir akal logika untuk hidup di bumi uncle sam (wah sekarang baru tahu uncle sam tu apa) dengan hanya $195 sebulan. silap sendiri juga tidak berjimat sejak dahulu kala. bayangin ya , $195 untuk sewa rumah, bil telefon, makan, itu lebih dari tidak memadai. 

ditambah dengan pelbagai program tarbiyah yang menuntut wang ke sana ke mari. dengan kelas yang menelan kos tak kurang hebatnya. Allahurabbi..

tawakal .

selamat pulang wahai yang pulang. selamat.


No comments:

Post a Comment