Pages

Monday, July 30, 2012

sebutir beras ibarat

setitik peluh petani!

peluh. peluh. peluh.

kelmarin baru sedar, beras di rumah dah habis, sebutir pun tak ada.
tiba-tiba rasa cuak,
"homaiii buka nak makan apaaa  ni????"
sebak bila fikir housemates semua jenis yg wajib makan nasi bagi mengharungi 16 jam puasa di bawah terik mentari.
tiba-tiba rasa bersalah sebab terlalu bermalasan last weekend.
padahal boleh je pegi walmart dan beli beras.
padahal dah sedar beras dah nak habis.
padahal padahal padahal.

ini baru sikit Allah uji,
tak boleh bayang golongan fakir yang hari-hari perlu memikirkan bagaimana mahu menyuap anak isteri dengan nasi walau sesuap.
sedih rasanya.
sungguh.
tiba-tiba teringat rumah.
time2 macam ni,
abah bawak pergi beli beras, teh, gula, garam.
seronok shopping.
berkampit2 beras angkut masuk trolly.
teh uncang berkotak.
semua sumbat masuk trolly.
mesti org keliling time tu fikir kiteorg pemilik bazar ramadhan yang nak berniaga di bazar.
padahal itu satu fakta yang salah.

hehe. rindu rumah.

sejak duduk rumah sendiri ni.
rasa macam dah jadi dewasa.
dah boleh buat bini (hihi) :p
ye lah. kene fikir pasal laundry sendiri
kena fikir pasal kemas rumah.
kena fikir pasal toilet.
kena fikir pasal nak masak apa sebelum keluar rumah pagi2,
daging ke ayam ke ikan ke yg nak di defrost. hua.

rasa tua.
dan tadi, tokey hala ciken hanta ayam 3 ekor.
$19.50
seingat semalam order sekali dengan beras berkualiti lagi murah,
tp nampaknya silap sedikit percaturan.
tengok2 tokey dtg balik , ketuk pintu lalu lari pergi begitu sahaja,
kalah speed of light.
bukak2 je pintu,
ada sebungkus plastik berisi beras.
ada la dalam 3 cup. cukup makan 3 orang .
comel kan? order sekampit tapi dapat 3 cup.
Alhamdulillah ^_^

No comments:

Post a Comment