Pages

Saturday, December 3, 2011

mari-mari ! kamar-kamar!

ha kawan-kawan, tau tak ape maksud tajuk post ni? ni ialah maksud bagi perkataan arab "al-hujurat" .

jadi hari ni. marilah menjadi yg bermanfaat sikit. ingat kan 10 muwasafat tarbiyah. which will eventually leads you to becoming an individual muslim :) one of it is "naafi'un lighoirihi", bermanfaat kepada orang lain! :) mungkin susah nak mula. macam perasaan was-was syaitan bisikkan dalam hati.

"Kau ni buat baik konon, tau dak tu riak? dosa besar tu nanti!"

ha. jangan mudah terpedaya pahhh!!!! sebab, dalam quran da terang secara izhar halqi lagi! (jelas dan nyata) hehe

"Daripada kejahatan syaitan yang biasa tersembunyi, yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, daripada golongan jin dan manusia"
(114:4-6)


ohmai. suka lari topik. meh tadabbur surah hujurat. 18 ayat je. surah madaniyah. surah ke 49

(lebih baik letak terjemahan quran depan mata. baca dulu then baru proceed bawah ni, okay? ni apa yang saya dapat dari pengisian usrah. more to copy paste. and im here, to spread the words. menyampaikan. tapi  saye bukan jemaah tabligh ok :p)





ayat 1 :
jangan sesuka hati melanggar hukum Allah. kalau tak tahu, buatlah cara tak tahu :)

ayat 2 :
tak perlu terjerit-jerit ketika bercakap. boleh je bercakap dengan suara yang rendah. kan comel . nabi SAW pun cakap lembut je. apedahal kan?

ayat 6 :
kalau dapat berita , jangan terus sebarkan! tapi selidiklah dulu , teliti (arab word : fatabaiyanu) dulu kesahihan berita tu. mulianya Islam , dalam ayat ini, walaupun berita tu datang dari orang yang fasik yang pelaku dosa, Allah tetap ajar kita supaya tidak mendiskriminasi golongan fasik ni. fatabaiyanu dulu lah walaupun berita itu dari mulut pelaku dosa. Even if the news comes from your good friend, the one that you ve put all your trust on, tapi still, fatabaiyanu lah dahulu. kerana boleh jadi kecuaian kamu akan menimpakan kejahilan ke atas suatu kaum yang lain. fatabaiyanu yakni meneliti adalah ciri orang yang beriman :)

ayat 10 :
berapa kali dah Allah ulang perkataan "wattaqullah" ? ha. makanya, WHATEVER it is, tunaikan perintahNya dan jauhi laranganNya. berhati-hati dalam setiap apa yang kita lakukan.Biarlah perkataan yang keluar dari mulut itu yang benar-benar belaka . dan kita semua bersaudara atas ikatan aqidah islamiyah. which is, the truth, is stronger than any blood ties!

ayat 11 :
janganlah pandang rendah orang lain. even we think we are the greatest, ingatlah, akan sentiasa ada yang lebih baik dari kita. ikutlah resmi padi, makin berisi , makin menunduk. dont call people with names which they dislike. do not embarrass your friends! percakapan sahaja pun mampu membawa ke neraka. jadi berakhlaqlah dengan akhlaq nabi SAW :)

ayat 12 :
janganlah bersyakwasangka kerana ia mampu mengganggugugat keharmonian. jangan mencari keaiban orang lain. kalau terjumpa lah kan, anggap je tu rezeqi , dan tutup ! end of story. malu kot. dannnn. jangan mengumpat! sebab itu men transfer pahala secara free kepada orang yang diumpat. analoginya seperi kita mentransferkan credit hours kita yang dah penat berusaha susah payah dan susah lagi kepada orang yang kita sendiri benci. why? huhu. macam makan daging saudara sendiri. tau dok? huhu

ayat 13 :
wahai manusia. (Allah tak ciptakan kita untuk berbangga dgn keturunan kita. Tapi untuk berkenalan. Kehebatan Allah al-Khaliq.) . bertaqwa. Pentingnya Allah tegaskan banyak kali. Pelihara diri . berhati2 dlm bertindak2. Cek dlu boleh ke tidak sesuatu perkara tu.syara’ bagi tak? benda yg tersembunyi dlm hati hanya Allah yg tahu. Sifat2 marah dlm hati bole terzahir. 3 sifat munafiq, tak tepati janji , khianat and suka menipu. Benda dlm hati ni mudah terzahir, jadi bersih in hati dongg. Suburi hati dgn sifat mahmudah..


ayat 14 :

orang islam belum tentu beriman. Orang beriman dah tentu islamnya. Jgn mengaku benar2 dah beriman…

ayat 18 :
boleh kaitkan dengan partial of hadis ke 2 imam nawawi ; ihsan which is "Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau"

14 Banyakkkannnn akhlaq yang terdapat dalam surah ini :) akhlaq yang merupakan pemandu hidup agar kita tidak terdorong ke lembah binasa . note to self ; jagalah akhlaq sebagai pembawa imej Islam. 

Thabatlah di jalan mujahideen ini. amin.


2 comments: