Pages

Monday, December 19, 2011

freedom itu milik Allah . mutlak.

satu muhasabah sebelum kita beremosi.

keinginan untuk mencari ilmu itu adalah satu perkara.
kesediaan menghidupkan ilmu itu di dalam diri adalah satu perkara yang lain.


maka perlunya kita menyamakan haq keduadua perkara ini. agar. ilmu yang dikutip itu ada gunanya. berbuah. mekar. huh? tidaklah mati terbiar tidak diusik. jangan ilmu yang dikutip disedut melimpah ruah tak cukup ruang, tapi amalnya sikittt sekali. rugi bukan?

cantik? ni roommate saya kat uniten dolu2 yang snap :D


hari ni nak share cerita. perihal peri pentingnya seorang muslim itu menguasai sebuah organisasi. agar. kepimpinannya berlandaskan syariah islam yang berpandukan alquran dan assunnah. berbau politik ye di sini? mungkin. tapi di sini. ingin. saya. selaku yang kurang matang. tentang politik. terutamanya di malaysia. menegaskan. cerita saya. kali ini. adalah tentang. organisasi di sesebuah institusi pengajian. yang letaknya. jauh nun di hujung benua mat salleh.

tentang sebuah organisasi pelajar. yang diberi tanggungjawab. dan kepercayaan. yakni tsiqah. dalam menjalankan urusan pentadbiran. hal ehwal. kebajikan. ahli-ahlinya yang berdaftar. dengan yurang sebanyak 5 dol. ha. kali 3 dah jadi 15 rinngit. duit belanja sekolah saya seminggu tu! tapi itu dulu.

berbalik kepada cerita asal. kenapa ya. penting. bagi wujudnya seorang muslim yang betul-betul hidup berpandukan quran dan sunnah. dalam sesebuah organisasi seperti ini.

ini kerana. apabila. dia mempunyai . kuasa. dan kepercayaan. daripada . ahli-ahlinya yang berbayar. dia boleh mengaplikasikan hukum-hukum islam dalam. pentadbiran organisasi tersebut. bukanlah nak kata nak bawa hukum hudud. mencuri potong tangan. potong tangan mencuri. tidak!

tidak sama sekali. kerana. kita masih di tahap yang bawah. sikit. (mungkin salah di sini. tolong betulkan) saya tak mahu bangkitkan. isu hukum hudud yang sudah terang jelas lagi nyata. tidak boleh disangkal dibantah diprotes oleh manusia yang hanya hamba hina yang tidak mempunyai apa-apa yang cumanya menumpang di bumi ini. bernafas untuk kekal hidup dengan bantuan oksigen yang datang dariNya. yang akalnya, hartanya, senang cerita, segala nikmat dan kurnia yang mereka rasai datang dari Sang Pencipta hukum hudud itu sendiri. titik. tidak perlu membantah. tidak perlu memprotes. tidak perlu bangga dengan freedom of speech. tolonglah. freedom itu hanya milik Allah.

"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin?"
(5:50)


aduh. terlajak cerita lagi. kembali semula.

kalau pucuk pimpinan sebuah organisasi pelajar itu. dipegang oleh orang yang bermentaliti islam. yang menganggap islam as a way of life. bukan sekadar agama pada nama. pasti. organisasi itu mampu mengawal segala hal di bawah. jajahan takluknya. menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. menetukan pertaturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli yang sememangnya majoriti adalah islam. jadi haruslah. tidak. wajiblah di situ mereka juga faham. fatabaiyanu. hukum-hukum islam.

seperti. aurat wanita dan lelaki yang sudah mereka pelajari sejak hingusan. tentang pergaulan wanita dan lelaki yang tidak perlu melampai batas. tagha .tentang keadilan dalam membuat keputusan. tentang perlunya syura dalam sesebuah organisasi. tentang perlunya barisan kepimpinan yang mantop. untuk muntij. tentang kepentingan menuntut ilmu dunia dan akhirat yang perlu seimbang.

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." 
(28:77)


tentang pentingnya yatakallam bilhikmah. berkata-kata dengan bijaksana. penting peranan mulut dalam menyampaikan keindahan islam. dalam membawa yang sesat ke jalan yang benar. yang ini , saya paling lemah. kerana. apa yang saya kata lebih laju keluar dari mulut dari kelajuan otak memproses kerasionalannya mengikut waqi' ketika itu. sedihhh :'(

‎"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk"
(16:125) 



dapat tak general idea yang cuba saya bawakan?


ok. set. now. masuk pula cerita di sebalik. cerita tentang ketidakwujudan kuasa islam dalam sesebuah organisasi.


apabila pucuk pimpinannya tidak dikuasai seseorang yang hidupnya islam. dan. islam hidupnya.


apakah yang terjadi?


mati pucuk lah pimpinan itu!


pergaulan lelaki dan wanita bebas berleluasa.
si wanita berpakaian agak. hm. si lelaki pula yang terlebih kain.
tepuk bertampar sesuka hati.
dan banyakkkkkkkkkkkkkkk lagi.
seolah-olah dunia ini dia yang punya. apakahhhh?


mari spesifik sikit.
memaksa (errrr) wanita yang ingin menjaga maruahnya untuk. sesuatu yang dia tidak sanggup. 
mangsa pula seorang yang terlalu ingin menjaga hati semua pihak. sehingga hatinya sendiri tidak terjaga. dia sendiri menangis. kerana matlamatnya adalah untuk menjaga hati Sang Pencipta.

tetapi apabila wujud manusia-manusia yang terlalu keduniaan, maka semangat mangsa-mangsa seperti ini terusik sedikit. jika ditakdirkan dia terpaksa melaluinya seorang diri, pasti rebah menyembah bumi. 

boleh bayang?

jika kuasa islam itu tidak wujud dalam sesebuah organisasi? 

kerosakan dan kepincangan yang bakal berlaku?

Allah benci orang yang melakukan kerosakan di bumi.

Mahu jadi yang dibenci Sang Pencipta?

tak?

jadi, ayuh, perjuangkan kuasa ISLAM dalam organisasi di mana jua di bumi ini. agar Islam dapat ditegakkan kembali seperti zaman kegemilangannya beberapa ketika dahulu. 

bangunlah wahai mujahideen! kerana. sekecil mana penglibatanmu dalam perjuangan Islam, akan membantu menegakkan Islam di muka bumi ini. 

The effort counts! Make yours now! 

kau jugak pah. bangun!

No comments:

Post a Comment