Pages

Tuesday, April 10, 2012

wahai..

Allah: Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?

Ahli neraka : Wahai Tuhan kami, kami telah dikuasai kejahatan kami dan kami adalah orang yang sesat. Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. 

Allah :  Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata kepadaKu! Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu memohon kepadaKu dengan berkata "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat". Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka. Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? 

Ahli neraka : Kami tinggal selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan yang menjaga urusan menghitung.

Allah : Kamu tidak tinggal melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini . Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu  sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 

(23:105-115)

mati itu dekat.
mati itu pasti.

ingat tak dulu ada iklan shampoo : hidup cumaaa sekali, sooooo kita enjoy!
sebenarnya, 

manusia itu dihidupkan dua kali! mati itu yang satu kali. soooo? 

masa kita di dunia ini sikit sekali. hidup di dunia ini adalah satu persinggahan.
tapi, mengapa harus ada segolongan yang terlalu mengajar dunia seakan-akan dunia ini mampu di bawa ke alam yang kekal? kenapa ya? kenapa. wahaii. wahaii...

No comments:

Post a Comment